Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 10-Jan-2009 19:03
MUFFIN COKLAT DAN PULUT SAMBAL

Hari tu...jalan2 dan ronda2....tengok muffin coklat dirumah Boxhousestudio,teringin pulak nak makan dan tengok bahan2nya pun mudah dan nak buat pun ringkas je....dan terus kedapur..... sebab bahan2nya memang dah ada dan takut expired pulak.Muffin ni mmg mewah dgn rasa coklat,sbb pakai tepung sedikit saja...tapi bila dah masak dan keluar oven nampak macam gunung berapi dah meletup lah pulak..... :-> rekahan terlebih sangat....w/bagaimanapun tetap sedap dan moist bila dimakan dan tak padan dgn rupanya.... LOL





Muffin Coklat
Sumber : Boxhousestudio -Yani (myresepi)

Bahan
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder



Cara
Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C
Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati
Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.

Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.





Pulut sambal ni memang feberet....teringat zaman hingusan dulu2...time sekolah memang suka beli pulut sambal ni dikantin...tapi dibungkus dengan daun pisang...wangi je baunya...aroma dari daun pisang tu...sambalnya macam sambal ikan bilis nasi lemak ataupun sambal goring kering ikan bilis,tp kalau sambal goring diletak kelapa parut diatasnya.....hari tu tgk kat rumah madiha,Jasmeen dan zaiy,pulut makan dgn ikan masin,sedap juga....resipi tanak pulut ni kita C&P dari madiha fp...t.kasih madiha... :-D



Pulut sambal

Bahan2
3 pot beras pulut
Air secukupnya
Sambal tumis ikan bilis
Kelapa parut secukupnya digaul dgn sedikit garam

Cara Masak Pulut
1. Gunakan periuk elektrik (lebih mudah tak berkerak )
2. Cuci beras pulut spt biasa.
3. Masukkan air sehingga air melebihi paras beras anggaran 1 cm sahaja.
4. Petik ler periuk elektrik td spt masak nasi biasa
5. Hidang pulut tanak sambal tumis ikan bilis & kelapa parut yg digaul sedikit garam.



© Pidgin Technologies Ltd. 2016